Tuesday 28 February 2012

Hari ini pula, saya ingin kongsikan 10 strategi atau cara yang sering orang gunakan semasa berada di dalam keadaan terdesak atau desperate untuk memenangi hati pasangan mereka.

 1. Pertama adalah berjanji (reassurance). “I dah berubah, tak ‘control’ lagi macam dulu. Tak sanggup nak ada skandal lagi. Percayalah”, dan sebagainya. Tujuannya untuk menagih simpati dan kepercayaan (yang memang dah goyah). Sure gagal!

 2. Strategi kedua adalah mengucapkan “I cinta pada u (insert: nada anda sendiri)” dengan terus menerus. Sure gagal!

3. Strategi ketiga adalah berharap (berlainan dengan berdoa, ingat : doa + usaha yang betul = hasil). Inilah yang dikatakan wishful thinking. Kalau nak memancing, carilah tempat yang ada ikan. Ikan tidak akan muncul jika anda memancing di kolam hiasan yang tiada ikan tidak kira harapan anda setinggi gunung pun. Sure gagal!

 4. Strategi keempat adalah menggunakan pertengkaran (perdebatan?), reasoning dan seumpamanya. Tujuannya untuk mengubah perasaan dan perbuatan pasangan. Sure gagal!

 5. Strategi keempat sering kita lihat dalam drama atau di kolej/tempat kerja. Merekrut penyokong untuk menyebelahi kita. Sampai meluah di page facebook mak bapak pasangan pun ada. Sure gagal!

6. Strategi kelima adalah menjadi pelakon terbaik sebagai seorang yang depress. Makan tak lalu, air mata tidak putus-putus dan bila bosan, buat posting di facebook untuk menunjukkan kepada kawan-kawan , “Akulah insan paling malang di dunia“. Ingat nak mendapat simpati, tapi menjauhkan si dia lagi adalah. Sure gagal!

 7. Strategi ketujuh adalah menggunakan senjata semulajadi iaitu anak-anak. Ini sama seperti strategi no. 5, umpama boomerang yang akan menghantuk kepala sendiri. Sure gagal!

 8. Strategi kelapan adalah melakukan perkara yang biasa kita lakukan : menyalahkan orang (blaming). Seorang pakar psikologi pernah berkata, “ Intipati untuk ketidakpuasan hati boleh disimpulkan oleh satu ayat : menyalahkan orang lain“. Sure gagal!

 9. Strategi kesembilan : Pessimism. Kita sering cenderung menjadi pessimist, “Aku takkan berjaya. Kau tak kenal isteri aku, dia jenis yang degil. Dia takkan mengubah keputusannya“. Takkan berubah?? . Dulu dia cakap nak sayang kau selamanya tapi sekarang nak berpindah ke rumah lain pulak. Dia memang telah mengubah keputusannya. Sure gagal!

 10. Exaggeration atau melakukan sesuatu dengan terlampau lebih atau terlampau kurang dari keadaan asal. Boleh dikaitkan dengan strategi menyalahkan orang lain juga. Memang dia sahaja yang paling malang di dunia ini. Ramai lagi pembaca Seni Selamatkan Cinta mengalami situasi yang lebih sukar. Strategi seperti di atas menunjukkan kita ni manusia biasa. Itulah yang semulajadi, tak sempat nak berfikir dengan mendalam.

Bak kata pemikir strategi perang zaman dahulu, Sun Tzu, ” If ignorant both of your enemy and yourself, you are certain to be in peril.” (translate sendiri ye ). Anda mesti bertanya, jika yang di atas bukan caranya untuk mendapat kembali kasih si dia. Apakah cara yang sebenarnya yang terbukti 100% berkesan? Itu saya serahkan kepada anda untuk sumbangkan di blog ini untuk tatapan pembaca-pembaca lain.

Anda boleh kongsikan strategi yang pernah anda guna sama ada berkesan atau tidak berkesan untuk kita sama-sama komen. Kepada yang berkongsi strategi unik dan berkesan, saya akan personally hubungi anda, dan mempelawa anda untuk menulis kaedah special anda ini di posting akan datang

19 comments:

  1. macam mane nak buat orang suke kite ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang saje..sebelum tu,saye nk tanye org yg kamu cinta bersifat/bersikap mcm mne..

      Delete
    2. mcm mna nk memenagi hati seorang lelaki yang mempunyai ego yang tinggi dan langsung x nk ckp syg kt kta pdahal dia berperasaan..smpai si dia kata klau ckp i love u sealu akan jd meaningless

      Delete
  2. mcm maneee nk buattt orang sayang kite

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. assalam,ne blog Ms Cinta yg ade drama de tu ke?Knapa blog ne x aktif?

    ReplyDelete
  4. macam mna kita nk tahu orang yg kita sayang tuu...sayang kat kita x?boleh x tolong bagi jawapan

    ReplyDelete
  5. ms cinta.cmne na seseorg tu taw yg kte cinta kn dy tnpe kte yg bgtaw..dn..cmne na tw yg org uh btol2 cintakn kte..

    ReplyDelete
  6. bagaimana jika kita amat2 mnyukai dia, ttapi dia xtahu??
    jika ingin diluah, saya takut pernikahan saya nnti hanya sekadar atas nama nafsu semata2.. kerana Allah amat2 mengharapkan cinta kita yg baik.. sperti cinta slps nikah.. ttpi jika xdiluah, hati saya pedih.. dia seorg lelaki y sgt2 mnjaga batasan dgn wanita.. krna itulah, sy tkut tuk mnyimpan prasaan ini.. bgaimna??

    ReplyDelete
  7. hai miss cinta..miss cinta saya ade seorang kwn nie dia ske kn best frenz dia xpi best frenz dia ske kn org lain..mcm mne nk nasihat kn dia ye..? best frenz dia tu lelaki..

    ReplyDelete
  8. Llki ego merupakan llki yg memegang prinsipyer dgn keras. Sbg cth llki yg xpndi nk tnjkkan ksh syg tp dlm mase yg same cmburu bler kite rpat dgn mne2 kwn skli pon pmpuan,. Spe dpt llki type mcmni mmg beruntung tp dlm mase yg sme mmg agk merimaskan tp pk ke arah positif lg baek. Why?

    ReplyDelete
  9. wahh sangat bermanfaat sekali.. terimakasih..

    kunjungi blogspot kami yaa.. semoga bermanfaat juga untuk anda2 semua..
    Proses pembuatan
    seragam batik solo printing

    Proses pembuatan seragam batik tulis solo

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi saya orang yang cenderung negatif thingking karena masalalu yang pernah saya alami

      Delete